Kehidupan aku bermula apabila aku tinggal serumah dengan mak baru aku @ a.k.a MAK TIRI . Mulanya happy sebab aku dapat mak baru , yelah time tu kan aku baru darjah 5 . Budak lagi , taktahu apa2 pun . Hari demi hari pon berlalu macam biasa , sebab sebelum ni aku tinggal dengan nenek kesayangan aku . Jadi rasa janggal bila tinggal semula dengan papa aku yang lama aku tak dapat jumpa . (Masih terkenang kenangan dulu......)
Tapi sejak papa sakit , kena serangan stroke . Semua berubah sekelip mata . Tipulah kalau papa sendiri sakit kita ni sebagai anak tak nangis . Papa koma kat icu selama 3Hari . T_T Sedih gila , time tu aku nak pergi mengaji dengan adik aku . Terus balik rumah takdatang mengaji . Belum papa balik rumah MAK TIRI aku terus jadi macam binatang yang pakai tudung , rupa macam SINGA MENGAMUK KELAPARAN ! Yang jadi mangsa kami beradik perempuan yang lemah ni , yang taktahu MEMPERTAHANKAN DIRI . Aduhhh rasa kami ni perempuan lemah . Aku cuma bertahan walau apapun dia buat kat aku, jangan dia buat kat adik aku mahupun papa aku .
Waktu papa dah sihat sikit , aku dah tak risau dah . so aku pergi sekolah balik sekolah macam biasa , dan tiap hari rabu aku akan ikuti KOKO-RIKULUM . Aku memang aktif sukan . sebab aku minat bidang sukan . Jadi aku akan balik lambat sikit , tapi masa kat sekolah aku ada seorang KAKAK ANGKAT yang sungguh lawa . Dia bagi aku sebiji handphone NOKIA yang biasa2 je . aku pon pakai senyap2 tanpa pengetahuan SINGA tu . Entah macam mana boleh kantoi . JENG ! JENG ! JENG ! . Badan aku jadi seram sejuk , SINGA tu terus pukul aku tanpa belas kasihan , berdarah-darah kaki dengan tangan aku , BERBIRAT-BIRAT BADAN aku , malam tu aku cuba lari rumah dengan tangan kaki berlumuran darah . Cepat betul tangan dia tarik rambut aku , kepala aku ni dia hentak2 kat dinding dengan lantai . darah lagi kat kepala . Aku apa boleh buat ? Meraung kesakitan , menangis sekuat hati . Adik aku mulanya kena pukl sebab halang aku jangan kena pukul lagi , tapi dia senang kena tolak ke tepi . korang tahu tak , macam kes dera . MEMANG KES DERA PON !!!! Besok tu aku pergi sekolah , aku mengadu kat kawan rapatku iaitu AIDA , AZNOR , SURAYA . Dan kakak angfkat aku . dia bg duit kat aku walaupon tak banyak . Dia suruh aku balik rumah mama aku . dia cakap tu je dia boleh tolong . Apalagi balik sekolah aku lari balik rumah mama . Menangis2 aku , mama tengok kesan birat kat badan aku . mama cakap SINGA TU DAH HILANG AKAL KE BUAT ANAK ORANG MACAM NI . Sememangnya mama aku lembut orangya , susah nak nampak dia marah . korang mesti fikir mana papa aku time aku kena pukul macam anjing kurap kan ? Papa takde time tu , papa pergi surau solat isyak berjemaah .
Mama taknak bagitahu ayah tiri aku . aku panggil AYAH je .ok laa tak macam mak tiri aku tu. So , mama call abang aku amek aku bawak balik aku pergi rumah nenek . Nenek aku terkejut pagi besok sebab tengok badan aku . HUWARRRRGGGGHHHH .....
Aku dengar je diorang bincang pasal aku . Nenek aku atau dikenali sebagai TOK .Tok suruh buat report polis . Abang aku pon bawak pergi buat report . tupp tupp.. aku kena soalsiasat macam aku ni pulak yang salah.... Rupanya inspektor Aziah minta aku untuk bagi keputusan , sama ada nak tangkap atau macam mana . Aku hanya minta untuk beri AMARAN supaya tak menganggu aku lagi.Kesan parut tu masih kekal di badan ku , meski di badan pudar , tetapi di akal minda ku telah terpahat sampai bila2 .
KINI AKU ADALAH AKU !!! TAK NAK SEJARAH SILAM NI MELAMPAUI AKAL FIKIRAN KU MEMBUAT AKU TRAUMA !
Ini laa diri aku selepas dapat semangat dari orang yang tersayanggggg... <3
it's me - Adylaa :*
